Atas Meja TradingView
Rasai kuasa tambahan, kelajuan tambahan dan fleksibiliti, semuanya dengan UX yang sama anda kenali dan sukai.
Sokongan pelbagai-monitor asli
Mempunyai berbilang monitor adalah penting bagi pedagang. Atas Meja TradingView membolehkan anda mengatur dan memulihkan ruang kerja pelbagai monitor anda tanpa had yang yang selalunya dihadapi oleh penyemak imbas tradisional.
Segerakkan simbol
antara tab
Sebaik sahaja anda mengaktifkan ini untuk tab pilihan anda, mereka akan muncul dengan simbol yang sama. Dan jika anda menukar simbol itu dalam mana-mana tab, ia akan menukar semuanya. Berguna untuk memecahkan analisa anda kepada beberapa cara dengan pantas.
Segerakkan
ruang kerja rerambut silang
Sesuai untuk penyelidikan pasaran yang mendalam, rerambut silang anda akan bergerak seiringan merentasi semua paparan anda. Tambahan lagi, anda boleh menukar ticker pada setiap tab dengan hanya satu klik.
Pengalaman atas meja
Bosan kerana selalu kehilangan carta anda, tersembunyi di antara semua tab CNBC dan YouTube yang anda buka? Sekarang anda dapat memastikan semua carta TradingView dapat dijumpai dengan mudah hanya dengan satu klik pada menu atas meja anda.
Pada semua peranti
Terbaik dalam kemudahan dagangan. Ini adalah pencartaan terhebat — susun atur disegerakkan, senarai amatan, tetapan dan banyak lagi — kerana tidak kira sama ada anda menggunakan laman web, mudah alih atau aplikasi atas meja, cara anda sentiasa menjadi cara yang terbaik.
Terokai apa yang mungkin
Kit alat lengkap untuk analisa pasaran yang tepat.
Perkasakan pelan anda
Lebih ciri, alatan dan data untuk memperhalusi strategi anda.
Lihat yang menginspirasikan kami
Untuk mereka yang berani bermimpi lebih dari carta.

